Friday 4 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...
Klang : Jenazah Ustaz Rahim mantan Imam masjid Felda Titi Jelebu yang maut dalam tragedi Kren tumbang dan hempep kereta arwah semalam selamat disemadikan pada pukul 12 tengah malam tadi.

Mengikut sumber anak lelaki nya Zahid : 
Alhamdulillah jam 12tgh mlm td selesai pengkebumian arwah abah dan ibu tiri sy dgn lancar,sy mengucapkn ribuan terima kasih kpd rakan taulan sahabt handai yg x putus2 mendoakan kesejahteraan org tua sy dan sy mengucpkn terima kasih bt warga penduduk setempat dan bantuan daripada atm pdrm dan bomba yg trt membantu melancarkn perjlnn pengkebumian hrni.sama2 kita doakan agar arwah org tua sy d tempatkb bersm2 org beriman..



Dalam pada itu Kosmo melaporkan niat seorang peniaga yang dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat sambil ditemani isteri tercinta berakhir penuh tragis selepas kedua-duanya maut apabila kereta dinaiki mereka dihempap kren cerucuk besi yang tumbang di Persiaran Astana, Bandar Baru Bukit Raja di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 12.30 te­ngah hari itu, mangsa, Abd. Rahim Abd. Rahman, 51, dan isterinya, Nurhayati Rosli, 46, yang merupakan warga Indonesia meninggal dunia di tempat kejadian akibat ce­dera parah pada kepala.
Difahamkan ketika kejadian ma­ngsa dari arah Setia Alam menuju ke sebuah masjid di Jalan Meru sebelum kren cerucuk besi di tapak pembinaan lebuh raya itu tiba-tiba tumbang dan menghempap kereta Perodua Axia yang dinaiki mangsa.
Jarak kereta mangsa dengan kren tersebut kira-kira 10 meter sementara ketinggian jentera cerucuk besi berkenaan adalah sekitar 12.2 meter.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah pada kepala.
“Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dekat sini untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Ustaz Rahim seorang yang sangat baik dan berakhlak mulia tak mustahilah semasa diri nya ditimpa musibah dalam kereta nya terpasang ayat-ayat suci Al Quran semasa akhir hayat diri nya- Al fatihah.

Kredit: ceritagempakkomuniti.blogspot.my

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...