Monday 12 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


AKHBAR berbahasa Inggeris The Star hari ini dilihat telah mencemar duli institusi Raja-Raja Melayu di negara kita melalui ucapan sembah tahniahnya.Sempena Istiadat Angkat Sumpah Yang di-Pertuan Agong XV dan Timbalan baginda pada Selasa, 13 Disember 2016, akhbar The Star telah memuatnaik sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dengan menggunakan panggilan “almarhum” kepada ayahanda Tuanku.

Walhal seperti umum mengetahui, ayahanda Tuanku Yang di-Pertuan Agong pada ketika ini masih gering.

Perkara ini seolah-olah disengajakan untuk menimbulkan kekeliruan kepada orang awam dan pembaca luar negara. Perkara ini boleh membawa kepada unsur-unsur penghinaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu yang kemahsyurannya termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Disamping itu juga, “penghinaan” mengundang kemarahan bukan sahaja sekelian rakyat negeri Kelantan,  malahan keseluruhan rakyat di negara ini juga amat terkesan dan tersinggung dengan tindakan akhbar berkenaan.

Oleh itu, pihak The Star harus bertanggungjawab penuh terhadap perkara ini dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kredit: PRU14.tv

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...