Monday 5 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...

Mungkin ramai ibu bapa yang tidak sedar sebenarnya anak yang montel dan gebu itu sebenarnya bukanlah petanda anak itu sihat. Sebaliknya, sekiranya tidak dibendung pada peringkat awal, ianya boleh menular menjadi masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.


Masalah obesiti ini sebenarnya disebabkan oleh sikap ibubapa sendiri yang kebanyakkan dilihar gemar memanjakan anak-anak mereka dengan makanan secara berlebihan dengan niat supaya anak-anak cempat membesar.

Selain daripada itu, peranan pengasuh juga dilihat turut menyumbang kepada permasalahan ini.

Stigma di kalangan masyarakat kita turut menjadi salah satu sebab mengapa masalah obesiti di kalangan kanak-kanak ini gagal dibendung dari peringkat awal di mana majoriti ibu bapa akan berasa malu sekiranya anak-anak mereka bertubuh kurus dan tidak gebu.

Menurut Doktor Zubaidi Hj Ahmad, ramai ibu bapa yang menganggap anak yang montel atau tembam itu kelihatan comel dan sihat.


Risau dengan perkembangan ini, doktor ini turut berkongsi pendapat beliau di laman Facebook beliau di bawah:

Ramai menganggap bahawa jika anak mereka montel atau temban, ia menandakan anak itu sihat. Malah saya sering ditanyakan bagaimana mahu “menggemukkan” anak mereka walaupun berat badan mereka masih dalam lingkungan yang seiringan dengan usia.



Ramai yang tidak sedar ia boleh mengundang obesiti di kalangan kanak-kanak sehingga meninggatkan risiko mendapat penyakit kronik ketika awal usia kedewasaan mereka.

Sebab itu saya banyak mendapat kes di mana baru berusia 20an, telah mengalami diabetis dan tekanan darah yang tinggi. Kerana kebanyakan kanak-kanak yang obes akan terus kekal obes apabila mereka dewasa.

Baru ini ada seorang remaja berusia 19 tahun, minum air berkarbonat setiap hari. Bila kerap kencing di waktu malam, saya melakukan ujian gula dalam darah secara rambang, bacaannya 18. Bila disuruh puasa esoknya masih lagi 14.

Jadi bagi anak yang terlalu obese, kurangkan penggunaan air manis dan jajan yang kebanyakannya penuh dengan gula, MSG dan garam.

Sayangilah anak kita kerana mereka tidak pandai memilih.

Kredit: http://bicaranetworks.blogspot.com

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...