Wednesday 21 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


Usaha membawa masuk bantuan ke Rohingya sejak enam tahun lalu sia-sia akibat sebahagian besar daripadanya dibolot tentera dan sami Buddha Myanmar.

Pengerusi Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Zahidi Zainul Abidin, mendakwa tentera Myanmar kononnya mengenakan cukai terhadap bantuan luar yang ingin disalurkan ke wilayah Rakhine.

Beliau mendakwa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan yang terbabit dalam misi itu kecewa ekoran bantuan yang dihantar, dikongsi secara haram oleh tentera dan sami Myanmar.

“Bantuan yang kami dan NGO lain bawa dihalang tentera Myanmar untuk terus masuk ke Rakhine. Kami tidak dibenarkan masuk.

“Pihak tentera kata mereka sendiri akan menghantar bantuan berkenaan. Bagaimanapun, kami dapati bantuan untuk masyarakat Rohingya cuma tiba separuh sahaja kerana bakinya diambil tentera dan sami Buddha atas alasan cukai,” katanya pada sidang media selepas sesi pertemuan dengan sembilan NGO Rohingya, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Selain itu, Zahidi berkata, IKIAM akan bekerjasama dengan pemerintah Indonesia dan Bangladesh bagi memudahkan proses penyampaian bantuan, termasuk menubuhkan kem pelarian di negara berkenaan.

Dalam pada itu, Shahidan mencadangkan proses saringan pelarian Rohingya ditambah baik di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa-Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) bagi mengelakkan pelarian dari negara lain seperti Bangladesh, termasuk penduduk Islam Myanmar di salah anggap sebagai etnik Rohingya.

Justeru, beliau menggesa etnik Rohingya yang tinggal di negara ini dilantik dalam jawatankuasa saringan UNCHR.

Sumber: BH Online

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...